Monday 9 December 2013

Kenapa anda patut pilih SHAKLEE... 0199412901

Ikuti garapan menarik dan ilmiah dari seorang doktor yang aktif bersama produk Shaklee.


KENAPA SHAKLEE ?

Assalamualaikum untuk anda yang dirahmati Allah.


Kerapkali saya menerima inbox yang bertanya kenapa saya mencadangkan atau mengesyorkan produk Shaklee. 

Tidak kurang juga yang melamar untuk pelbagai produk pemakanan yang lain. 

Selalu juga orang bertanya, Doktor buat Shaklee ke?

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya. 

September 2004 ~ 9 tahun lepas.

Saya rasa buntu dengan keadaan suami yang menghidap migraine yang sangat kronik. Hampir setiap minggu, pasti ada attack sehingga tahap menghantuk-hantuk kepala ke dinding. 

Pelbagai ubat tahan sakit dah saya beri, dari yang biasa-biasa, sampailah yang paling kuat. Sama je. Habis ubat tahan sakit, sakit la semula. In a process untuk dapatkan Ct-brain appointment. Takut juga ada ketumbuhan, etc.. Nauzubillah.

As a doctor, banyak pesakit saya yang ‘bocor’ usus disebabkan terlalu banyak makan ubat tahan sakit. Yang menderita kegagalan buah pinggang pun tak kurang banyaknya. 

So, saya dah boleh jangka, jika keadaan berterusan begini, risiko untuk suami menjadi sebahagian dari statistik sangat tinggi. NO! Saya tak sanggup. Sudahlah arwah ayah dulu.

Saya mula mencari alternatif kepada rawatan dan mula mencari jawapan melalui kekuatan nutrisi. Mula menjinak-jinakkan diri ke farmasi untuk mencari supplement. Walaupun tahu kebanyakkan di farmasi adalah ‘chemical based’ tetapi, tidak banyak pilihan ketika itu. 

Allah Maha Mendengar.

Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon di satu petang, ada pula rakan sekolah lama ingin datang ziarah ke rumah. Benarlah kata orang, tetamu datang membawa rezeki.  Tapi rezeki kali ini ~ Satu hadiah yang mula-mula saya nak tolak juga, almaklumlah.. Bila dengar melalui MLM, ada juga rasa nak lari.. hihi

Tapi, saya sentiasa bersikap terbuka. 

Walaupun bergelar doktor perubatan, tak semestinya kita tahu semua. Saya buang ego sebagai seorang doktor. Berapa banyak la subjek nutrisi di ajar masa di sekolah perubatan dulu, kurang dari 5% rasanya. Kalu ubat memang banyak la. 

Tapi, ilmu Allah tu luas. Apa yang kita tak tahu, tak semestinya tak bagus. Betul ke Betul? 

Jangan perlekeh pengetahuan insan lain.  

Macam payung terjun, kena terbuka luas baru berfungsi dengan baik, sama juga dengan minda kita. Kalu tertutup taksub, kita akan banyak hilang peluang yang Allah berikan.

Walaubagaimanapun, orang yang dah biasa menggunakan otak kiri - masih akan mencari fakta. Clinical studies.

Saya mula mencari fakta-fakta sains dan ujian klinikal ke atas produk-produk Shaklee. Bimbang jugak jika ada steroid etc. 


Alhamdulillah, semua pembacaan dan kajian sendiri saya menunjukkan jawapan yang positif terhadap produk Shaklee. Bukan senang nak percaya. Biasanya doktor mmg dilatih utk melihat evidence based medicine. 


Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.



So, saya lebih confident dan saya dibukakan hati  untuk seterusnya menggunakan produk Shaklee, of course, specially for my beloved hubby. Antara produk awal yang dia makan malam tu – ESP, Bco, Vita C, Vitalea + Calsium. 

Pukul 3 pagi, tiba-tiba dia bangun sakit perut, cirit birit. Wah.. Risau jugak, keracunan ke apa ni? Shaklee ‘Natural based’, produk sejak tahun 1915, takkan la keracunan kot.. Confirm toksik banyak dan healing crisis ni, that was my thought.

Tapi , dengan kuasa diktator sebagai menteri kesihatan di rumah..hihi.. Saya paksa dia untuk teruskan pengambilan supplement tersebut. Suprisingly, selepas seminggu, tak ada migraine attack. 

Lepas 2 minggu pun tak ada.  Siap tunggu attack lagi dan ada pernah sekali, cuba kenakan hujan di kepala. Selalunya kalu kena hujan, sure tumbang, tapi Alhamdulillah. It really works.

Ok, gembira dengan testimoni pertama saya yang menunjukkan hasil positif.

Saya beralih  ke mak saya pula – Gastrik yang sangat teruk, almost setiap bulan kena. Pantang salah makan sikit, terus sakit perut, muntah-muntuh, cirit birit dan flat untuk sehari dua. 

Bertangguh nak buat scope sbb kesian sangat nak tengok mak saya di masukkan ‘wayar hitam berkamera’ tu kat mulut.. huhu. Ubat gastric dah macam-macam la. Kalu setakat ubat biasa dah tak jalan. 



Saya just bagi mak saya masa tu – ESP, Alfalfa, Zinc + Beta carotene. 

She shown tremendous improvement within one month. Mula-mula macam tak percaya. Tak kan la supplement lagi power dari ubat. Kalu cam tu, kenapa tak ajar masa kat medical school dulu? Kenapa government tak supply? 

Tapi, bila saya membaca lebih lanjut– saya dapat jawapan. 

Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan. 

Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri. 

Body Healing Mechanism. Subhanallah.

Saya terfikir, jika suami dan mak saya mendapat kebaikan dari produk Shaklee. Kenapa tidak saya berkongsi dengan keluarga, rakan-rakan dan pesakit saya. 

Then, bermulalah sessi sharing saya yang membawa kepada pelbagai tanggapan negative keluarga, kawan-kawan etc etc..

Pelbagai reaksi saya terima ..

Supplement? Rubbish! Just an expensive urine!

Dah tak cukup duit ke jadi doktor sampai nak buat Shaklee?

Shaklee mahal. Nak cepat kaya la tu.

Doktor mana boleh berniaga. Langgar etika.

Desperate sangat ke?

Boleh. Doktor kalu jual tahi bungkus cantik-cantik pun orang beli.

Itu tak termasuk panas telinga bila kawan-kawan perli.

Orang kaya la. Jutawan la. Saya amin kan saja doa-doa itu.


to be continued...

Shaklee menjaga anda.... 0199412901